Thursday 11 July 2013

Catatan Perjalanan UK Trip 2012 Part 3: Edinburgh City Bus Ride, Edinburgh Castle, Princess Street

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disebabkan tak puas hati berjalan di Edinburgh semalam, hari ini kami terjah lagi bandar klasik tu dengan menggunakan perkhidmatan 'park and ride' pula. Tak nak take the risk bawa kereta masuk bandar lagi...Lebih kurang sejam perjalanan dari Dundee ke Edinburgh, terus kami ke stesen 'park and ride' berdekatan. Sejam perjalanan tak terasa pun sebab berpeluang menikmati permandangan indah di sekeliling...Subhanallah...

Perkhidmatan basnya agak kerap juga. First time anak kami naik bas. Kat Malaysia tak pernah pun naik bas. Habis ditegurnya semua orang. Sikapnya jelas menggambarkan keterujaan naik bas (jakun gamaknya....heheh). Dapatlah lihat kedai-kedai kecil, kawasan perumahan di sekitarnya....Ternyata bandar ini agak sesak.

Lepas pusing-pusing naik bas (siap tersilap2 lagi...ni yang buat buang masa), kami berhenti di St James Shopping Complex. Actually, di sepanjang Princess Street dan George Street pun best untuk kaki shopping. Bagi kami yang ada anak kecil ni, malas nak redah from 1 kedai to another...end up masuk St James and Princess Mall. Takde lah menarik sangat shopping di sini. Kena masuk boutique baru best...Lebih banyak pilihan untuk satu-satu brand tu. Di St James, kami masuk John Lewis, beli sedikit mainan...habuan untuk di kecil.  Ni kira main place bagi peminat shopping la...Di sini, kedainya satu-satu, department store yang ada pun kecil sahaja. Besar lagi Plaza Alam Sentral Shah Alam. Terasa seperti berada di Pertama Complex ataupun Campbell Complex di KL tu...

Kemudian berhenti rehat di Costa. Jenuh makan sandwich...kurang mengenyangkan berbanding nasi... (kes tekak melayu!). Perjalanan diteruskan dengan membeli-belah souvenirs di Princess Mall. Dah jumpa tu terus beli ye...Orang kata kat Royal Miles lebih murah dan banyak pilihan...tapi...tak tentu sempat redah ke idak...(Al maklum lah... kedai tutup awal!). Harga cenderahati di sini, boleh tahan mahal...mana tak nya...semua perlu didarab 5....huhu...pejam mata lagi...

Perjalanan diteruskan dengan bersantai di Princess Street Garden. Ramai orang lepak sini. Memang cantik la...kalau study sini pun, sure best! Siap leh golek2 macam cerita Hindustan! Hehehe....Di sini juga letaknya Scott Monument. Jalan....jalan...menuju ke Edinburgh Castle. Puas la juga nak mendaki naik...tengok dari bawah pun letih dah...heheh....Ni antara a must visit place in Edinburgh la. Berdekatan juga letaknya Royal Miles. Boleh lihat banyak cenderahati dijual di sini.

Overall, puas hati juga dengan journey hari ni. Tapi letih jalan kaki. Maybe next time kena bermalam di Edinburgh pula.a Boleh lihat suasana malam di sini. Shopping complex juga ada yang buka sampai malam rasanya...Cuma, hotel di sini agak mahal...saya survey kalau stay di Thistle Edinburgh, harga bilik standard pun dah mencecah RM800...Di Dundee lebih murah dan dapat bilik yang lebih baik. ye la..ada pros and cons la juga...

Esok, kami akan menjelajah ke St Andrews pula...Kan University of St Andrews tu tempat Kate and Prince William bertemu...heheh...hati pun berbunga-bunga la....

Esok cerita lagi...

Wassalam...




No comments:

Post a Comment