Tuesday 29 January 2013

Gaya Sophie Paris Bersama Farah Fauzana

Liputan Utusan Malaysia mengenai Sophie Paris. Farah Fauzana muncul menghiasi muka depan katalog Sophie Paris yang ke tujuh.

Gaya Sophie Paris



Fara Fauzana Mohd Fadzil dan Antoine Durieux (kiri) ketika melancarkan katalog ke-7 Sophie Paris di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Membeli-belah menerusi katalog bukan sesuatu yang baru malah menjadi kegemaran di kalangan sebilangan wanita biarpun terdapat kelebihan dan kelemahan terhadap kaedah pemasaran ini. Pembeli mungkin tidak dapat melihat atau membelek secara nyata produk yang dijual, tetapi pada masa sama mereka juga dapat menjimatkan masa dan tenaga tidak perlu bersesajk di jalan semata-mata untuk keluar membeli sebuah beg tangan.Strategi pemasaran ini juga membantu mewujudkan 'ahli perniagaan' melalui wakil-wakil penjual sebagaimana yang diamalkan oleh jenama beg terkenal, Sophie Paris yang mendekati para peminatnya melalui katalog. Hasilnya, walaupun jenama tersebut tidak sampai 10 bulan berada di Malaysia namun keahliannya telah mencecah ke angka 36,000. 


"Sejak dilancarkan iaitu pada Januari lalu koleksi yang diperkenalkan hanyalah beg tangan dan dompet.Tapi kini peminat jenama kami boleh bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki dengan koleksi dari Sophie Paris," ujar Antoine Durieux, Pengarah Urusan Sophie Paris Malaysia pada majlis pelancaran katalog ke-7 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pelancaran disempurnakan oleh penyampai radio dan pengacara terkenal, Fara Fauzana Mohd Fadzil yang wajahnya turut menghiasi katalog ke-7 Sophie Paris. Durieux berkata, pemilihan Fara Fauzana dibuat kerana kecantikan serta minat selebriti tersebut terhadap dunia fesyen.


"Fara Fauzana bukan saja dipilih menjadi editor jemputan, malah beliau juga menggayakan beberapa pilihan fesyen yang dipaparkan dalam katalog tersebut. "Bukan itu saja beliau juga merupakan selebriti pertama Malaysia dipilih menghiasi katalog ke-7 kami," katanya. Sementara itu Fara yang berbesar hati menerima pelawaan jenama inspirasi kota Paris itu menyifatkan koleksi pakaian dari Sophie Paris memang menarik hatinya. Bagi Fara, koleksi pakaian yang digayakan bukan sahaja sesuai untuk mereka yang ingin bergaya malah bagi mereka yang memakai tudung juga boleh memakainya. Terbaharu jenama ini turut memperkenalkan koleksi kasut yang memberi pelbagai lagi pilihan buat pencinta jenama ini.

Terus berkenankan beg yang digayakan oleh Farah Fauzana, saya ajak suami ke Flagship Store Sophie Paris di Petaling Jaya. Kepada yang berminat beli beg tangan Sophie Paris, boleh beli samada di Flagship store atau mana-mana business centres di seluruh Malaysia.

Nak untung lagi, daftar sebagai ahli, dapat diskaun 20%. Pada masa yang sama, boleh jana pendapatan tambahan aka extra income. Memang menarik....

Nak tau lanjut, klik sini.

Untuk lihat bukti income, klik sini.

Sunday 13 January 2013

Nasi Arab Shah Alam Aroma Hijrah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lepas layan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan @ TV3, terus rasa teringin nak makan Nasi Arab di sini. Bukan apa, restorannya agak dekat dengan rumah kami. Senang nak pegi makan or beli bungkus. Kalau sedap la kan...:-)

So, last Sunday kami pun mencuba. Alhamdulillah, sedap pada selera kami. We ordered Rosted Chicken, Grill Masywi Chicken, Mandy Rice, Khabsa Rice dan Maklubah Rice. Semua pun sedap. Ingat nak order Lamb juga, tapi sedar diri...Disebabkan tengah injured lagi, kena jaga juga makanan yang diambil. Nak pastikan luka baik cepat...btw Lamb gatal ke?? :-O

Mandy Rice dan Khabsa Rice dah agak biasa dimakan. So, saja cuba add on Maklubah Rice, Nasi yang dicampur dengan sayuran. Not bad. Sedap juga. Sesuai untuk anakanda kami yang liat nak makan sayur. Picky eater pun suka makan semua jenis nasi di sini...haruslah ulang beli :-)

pic from Aroma Hijrah fb
 Actually, kat Shah Alam ni ada banyak juga restoran nasi arab. Contohnya, Restoran Zam-Zam, Sahara Tent dan D'Arab Cafe. Tapi, yang paling dekat dengan rumah kami is Aroma Hijrah. Kepada peminat Nasi Arab, I believe you should try. Saya takde lah minat sangat Nasi Arab ni, tapi, bagi saya masakan di Aroma Hijrah ni boleh tahan sedapnya. Ni alamatnya:

Restoran Aroma Hijrah,
No. 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya, 
40150 Shah Alam,
Selangor.
Ini bukannya nak promote ke...apa ke...bukan dibayar untuk promote. Cuma, for me..it's good to share good things. So...selamat mencuba ye...

Thursday 10 January 2013

Pengalaman Minggu Pertama Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Awal Januari, ramai ibubapa sibuk dengan urusan persekolahan anak. Samada di peringkat tadika mahupun sekolah rendah/menengah. Perasaan bercampur-baur pasti ada, terutama bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ataupun bertukar sekolah baru.

Tahun ini, saya juga menghadapi situasi yang sama. Ini kerana anak saya bertukar sekolah. Baru tadika...Suspen juga. Risau kalau anak tak dapat nak sesuaikan diri di tempat baru. Rasa tak mampu nak dengar tangisan anak ketika ditinggalkan di tadika. Yelah, ibubapa perlu faham emosi anak yang terpaksa ditinggalkan di tempat baru. Sekolah baru...cikgu baru...kawan baru...haruslah ambil masa untuk adapt kan...

Saya fikir peranan ibubapa sangat penting dalam memotivasikan anak untuk bersedia ke sekolah. Apa yang saya lakukan?
http://www.longhill.org

Pertama, 2 minggu sebelum sekolah, katakan padanya yang dia akan ke sekolah baru. Terangkan mengapa beliau harus berpindah ke sekolah baru, kebaikan jika berpindah, and etc. Ceritalah perkara yang baik dan indah sahaja.

Kedua, pada minggu pertama sekolah, pastikan kita ada banyak masa untuk anak bercerita kisah sekolah mereka. Ringankan mulut bertanya details. Dengan ini, kita akan dapat lebih info. Teruskan memotivasi anak agar mood beliau terus positive. Nasihat mana yang patut. Biasalah, budak-budak. Ada cerita yang baik dan ada juga yang kurang menyenangkan. So, parents...haruslah kita jadi rakan yang baik untuk anak kita. Mendengar dan menasihati. Lepas dengar cerita anak, dia juga nak dengar cerita ibu di ofis.. :-)

Alhamdulillah, selesai sudah 2 minggu persekolahan. Saya fikir semua pelajar telah lalui orientasi yang hebat di sekolah masing-masing. Mungkin minggu seterusnya akan dimulai dengan pelajaran yang agak formal. Moga dipermudahkan, Insya-Allah...

Masa untuk setiap anak adapt with new environment berbeza. Banyak faktor boleh mempengaruhinya. Cubalah apa yang terbaik untuk anak kita. Sabar, yakin, doa...agar mereka sentiasa dijagai Allah di mana sahaja. Doa ibubapa... Insya-allah...dimakbulkan Allah...


Monday 7 January 2013

Family Holiday 2012 Review

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tajuk pun dah best kan? Holiday...yes, I really love holiday...jalan-jalan... Alhamdulillah, I managed to bring my family for several affordable holiday last year. Berkat usaha ibu menabung, mencari rezeki...merasa juga bawa keluarga berehat seketika. 

Captured by hubby @ Lake District England
Ibu also need a break. Kalau duduk kat rumah je, memang tak boleh rehat punya. Pasti ada je kerja yang nak dibuat. Kemas sana, basuh sini, lipat sana...ke hulu..ke hilir...well, I think you know the life of a mummy yang takde helper. on call 24 hours...

pic credit to http://www.reallifee.com/e-tip-work-at-home-moms-time-management-tips


Just to share several interesting places to visit based on our holiday trips last year.

Jan: 
Spent our weekend at Bandaraya Melaka @ Equatorial Hotel Malacca. Stuck in jammed. Ended spending our time in room. Nasib baik ambil club room. Boleh rehat2 menikmati cocktails dan permandangan malam dari 2 view berbeza; old town and new town. 

http://www.equatorial.com

Mac:
School holiday at Philea Resort Malacca. Saje jalan dekat-dekat sebab ayah nak jimatkan cuti. Maklumlah, masih awal tahun. My son fall in love with the pool. Environment resort pun ok. Cuma nothing much to explore. Kalau datang just to relaxs ok. We visited the Malacca Reptiles Park during the daytime. Dah bawa anak kecil, apa lagi...nak tengok animals aje la...


 May:
Lawatan ke utara. Start from Penang, sebab anak nak naik train Bukit Bendera dan ibu sendiri nak makan Mee Sotong Padang Kota. Kalau last year, we stayed at Parkroyal Penang; this year cuba Holiday Inn Batu Ferringhi pula. Bersebelahan je hotel ni. Holiday Inn is cheaper than Parkroyal, but I prefer Parkroyal. Breakfast lagi sedap ;-) Takpe next time, stay at Hardrock pulak. hehe...
From Penang, we off to Perlis to meet our families. 
Bila dah tak tau nak buat apa kat Perlis, lari ke Langkawi le sekejap. This time tak overnight. Mummy tak cukup bajet :-( Jalan2, makan2 and shopping aje. Cukup la...

http://www.holidayinn.com

June:
Headed south. JB and Spore. Spend a night at Puteri Pacific Johor Bahru, before a night at Marina Mandarin Singapore. Puteri Pacific needs to be refurbished. Kebnayakan perabot look old. Even TV pun masih guna TV tebal. Even worst, masa kami di sana, City Square was under renovation. Huhu...Next time, nak stay at Thistle or Mutiara Johor Bahru pula. As for Marina Mandarin Singapore, overall ok, coz it connected to shopping mall. Senang nak shopping and cari makan. But I prefer Pan Pacific Singapore. We all tak berani nak makan di hotel because not sure about the halal status of the food. So, makan di shopping mall aje. Arah kiblat perlu cari sendiri, sebab hotel tak sediakan :-(

www.meritushotels.com


Aug-Sept:
2 week holiday jelajah UK. New experience for the three of us. Kena bajet betul2 nak pergi holiday jauh2 ni, especially bila matawangnya Pound Sterling :-) Sempat melawat Amsterdam, Edinburgh, Perth, Dundee, St Andrews, Sterling. And then down to Lake District, Manchester, Birmingham, and lastly London. Nak ke Paris, seperti biasa..ibu tak cukup bajet la dear...next time ye. Tunggu ibu kumpul duit lain pula...hehe...


Nov:
Kali ni nak bawa atuk n nenek skali. Jalan dekat-dekat aje, coz atuk tak boleh duduk dalam kereta lama-lama. Insya-allah, kalau ibu ada rezeki lebih, kita bawa atuk naik aeroplane ye? We spend a night at Felda Residence HotSpring Sungkai. Not bad the bungalow. Ada private jacuzzi. Tak perlu beramai2 di public pool. Anytime boleh berendam. Kalau beli ramai-ramai lagi best ni. 

www.feldatravel.com.my

Dec:
Cuti sekolah yang panjang. Tapi, cuti ayah pula dah nak abis...jalan within Kalang Valley aje la...Banyak juga attractions yang ada. Among the favourites are National Science Centre and Sunway Lagoon. 

Now, dah Januari 2013. Let's plan for holiday for this year. Barulah ada semangat nak bekerja. Tak gitu...?




Friday 4 January 2013

Bekerja Dari Rumah (Part Time/Full Time)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Saya pasti ramai yang ingin bekerja dari rumah, terutamanya wanita berkeluarga. Boleh urus rumah dan anak-anak, di samping itu masih boleh dapatkan extra income. Kepada sesiapa yang boleh harapkan pendapatan suami sahaja, alhamdulillah...tak perlulah bersusah payah nak tambah pendapatan.

Tapi, saya ni jenis yang tak suka harapkan org termasuk suami. I believe that wanita juga mampu menjana pendapatan walaupun hanya dari rumah. Kalau ada extra income sendiri, boleh beri saguhati bulanan pada parents, bawa keluarga pergi holiday, shopping branded items for own self and family juga. Itu yang saya suka lakukan. 

Sometime people said, "buat apa beli branded item? buang duit". For me, saya suka. Dan kalau kita mampu, apa salahnya? duit sendiri. Saya tak susahkan orang lain pun. Cuma pastikan duit kita tu dibelanjakan secara seimbang...bukanlah on luxury items semata-mata.

So,  di sini saya ingin kongsikan beberapa peluang pendapatan tambahan yang boleh anda lakukan secara online, which mean that anda boleh bekerja dari rumah:

1.  Sophie Paris: Bisnes menjual barangan fesyen wanita, lelaki dan kanak-kanak. 

2. Vemma: Bisnes menjual supplement Vemma Mangosteen Juice with Minerals.

3. Shaklee: Bisnes menjual produk kesihatan yang meliputi vitamin untuk ibu menyusu anak, wanita kekal cantik, anak dan keluarga kekal sihat dan produktif. Samada beli melalui saya (Shakle ID: 917631), atau terus beli di cawangan Shaklee berdekatan. Nak order melalui saya, email/sms/whatsapp order anda: destinaslife@gmail.com / 013-3640568.

Kalau ikutkan memanglah banyak lagi peluang-peluang lain. Tapi, yang saya senaraikan ini bersesuaian dengan jiwa keluarga kami. Saya juga merupakan regular customer untuk produk-produk berkenaan. Saya rasa barangannya juga affordable. So, kepada sesiapa yang nak tahu lebih detail, boleh klik kat laman web berkenaan.



Wednesday 2 January 2013

New Year 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Happy New Year...Selamat Tahun Baru...

Apa azam tahun 2013 ni ye? Perancangan kewangan, karier, percutian dan lain2 dah ada? Kena plan semua tu, walaupun kadang2 tak semua yang kita plan tu menjadi. At least ada base to guide. Dalam kesibukan kita mencari rezeki dan mengejar impian masing2, kesihatan dan tanggung jawab jangan dilupa. Pada agama dan keluarga terutamanya. Keep in touch with friends too. Always be happy.