Saturday 25 May 2013

Review / Pengalaman Bercuti di Thistle Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami sekeluarga bermalam di Thistle JB semasa lawatan kami ke Legoland dan The Little Big Club tempoh hari. Kalau ke JB, biasanya memang Thistle Hotel atau Puteri Pacific Hotel menjadi pilihan. Mengapa? Sebab dekat dengan segala kemudahan, tempat makan, shopping complexes. Senang nak beli barang2 yang kurang atau lupa bawa for travelling. :-)

Kalau nak bandingkan di antara Thistle JB dan Puteri Pacific JB, tentulah Thistle JB is better in terms of hotel's facilities and interior. The environment of Thistle JB amat menyenangkan. The pool is great too. Nak makan simple2 pun senang. Ada medan selera dan kedai2, restoren yang hanya walking distance dari hotel. Sup tulang terkenal di JB juga ada berdekatan hotel.

View from our Seaview Room

Nak puas hati, ambil bilik yang 'seaview'. Sambil lepak dalam bilik, bolehlah menikmati permandangan lautan yang tenang...pembahagi di antara Johor dan Singapura.


Wide pool - Children love it!

Walaupun outdoor pool yang besar disediakan di Thistle JB, dalam bilik pun ada bath tub. So, anak-anak yang tak puas mandi di luar, boleh la sambung agenda mandi manda dalam bilik pula. Parents boleh monitor dari katil aje. Tak perlu berpanas di luar. Why? Sebab ada cermin yang boleh nampak direct bathroom from the bedroom. yang ni mmg saya suka...:-)

Boleh monitor anak mandi sambil lepak atas katil :-)


Pada saya, room's interior Thistle JB ni memuaskan. Ada LCD TV with several interesting channels, comfortable bed, well-located wardrobe. Carpeted all over the room except for bathroom la kan....Cuma, standing lamp nya agak mengganggu. Maybe because of the location. Asyik nak terlanggar kepala je...Toilet juga tak boleh kunci. Yeah, I come across banyak hotel yang praktik kan cara ni. Di UK lagi la...So, kalau ada anak kecil, kena lebih berjaga-jaga la...heheh...

Ada cartoon channel...


Parking diberikan percuma. Ok jugalah nak dapatkan parking di sini. Cuma, kalau hujan, memang confirm basah masa nak ambil tiket parking. Sebab takde awning langsung kat ticket booth. Not all parking covered. So, choose wisely...

View of the hotel lobby and other part of the hotel memang sedap mata memandang. No wonder this hotel continues to get good rating in many reviews' website. Hope the management boleh keep the good work and improve mana2 yang patut.

Toilet bersih...saya suka...

I would say that Thistle JB memang best jugalah untuk apa juga tujuan penginapan, leisure, business or others. Agak2nya, kalau nak travel to Singapore secara 'budget' pun, ok kalau stay sini. Balik hari Singapore-JB. Penat, tp leh jimat sikit kot...sbb hotel di Singapore agak mahal berbanding JB.

Selamat mencuba...beristirehat...dan bergembira bersama yang tersayang....





Wednesday 1 May 2013

Pengalaman Bercuti di Legoland Malaysia, Johor Bahru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Legoland's Entrance - Pic credit to legoland.com.my

Legoland Malaysia telah dibuka pada September 2012. 
Yuran masuk untuk Dewasa: RM140, Kanak-kanak dan Warga emas: RM110. 
Boleh beli tiket online to avoid the hassle of queuing in long lines. If possible, beli tiket awal, ada diskaun. Kalau last minute, kena bayar full (no discount) :-(

Nak dapat tiket Legoland murah? Banyak juga promotion (Maybank, vouchers free admission for child, Mykad), tapi kena redeem di kaunter la. Beratur... Mungkin kalau datang awal or bukan di waktu puncak, ok kot. Masa kami pergi tu, school holiday...so...faham2 la crowd dia kan...

Overall, the rides, games and facilities are OK. Perlu kerjasama pengunjung juga untuk kekalkan kondisi taman tema. Sama-samalah kita jaga kebersihan dan gunakan kemudahan dengan cermat. Bukan apa, walaupun Legoland tu baru dibuka, nampak macam bukan baru...ada mende yang patah, rosak...So, both the management and visitors have to take part, dalam memastikan Legoland tu sentiasa nampak "well-maintained". Barulah WORLD!!! :-)

Sampai sahaja Legoland, first thing is to park the car. Parking fee: RM7. Ingat ye, kat mana anda parking kereta. Jauh juga jarak parking ke Legoland tu. Maybe faktor cuaca juga mempengaruhi. Berjalan dalam panas...yang dekat pun kurasakan jauh...Terasa panas sangat ketika berada di Legoland ni. Perlu tanam banyak pokok kat sini. Otherwise, rasa macam visit padang pasir...(hehe...komen dari puteri lilin..). Bawalah topi, payung dan air mineral yang cukup. Pakai sunblock. Mungkin boleh membantu.

Yang bawa anak kecil, stroller penting. Kalau anak rajin berjalan, OK. We managed to stroll all over the park. Biasalah, first time visit, if possible nak tengok semua tempat. Rides, kami tak naik pun. Alasan, malas nak beratur. Nasib baik anak pun bukan a fan of rides. The rides sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Untuk kanak-kanak ada, dewasa pun ada. Some of the rides and games tu, boleh naik dan main in a family. So, memang happening. Cuma cuaca je yang tak happening. Rasanya, kalau stay whole stay, mau sunburn teruk...
Basically, banyak juga bahagian-bahagian menarik di Legoland ni yang boleh kita terokai. Ada Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City, Lego Technic dan Lego Kingdom. Di setiap bahagian, ada rides and games tersendiri. Standard la tu kan...And I would say that the games and rides tu interesting...Tak kiralah samada untuk have fun with friends or families.

I found an interesting video about experiences in Legoland, produced by KsDu Film. Boleh dijadikan rujukan buat bakal pengunjung Legoland.

 
Macam kami, anak lebih suka bermain di bahagian imagination. Di sini, Kanak-kanak boleh reka kenderaan ikut imaginasi mereka, dan uji kenderaan tersebut di litar yang disediakan (Build & Test). Memang menarik. Mak ayah pun excited. :-) Sampai habis tayar yang dibekalkan oleh pihak Legoland. Sebab ramai sangat yang main. Nasib baik kami ada beli Lego (Young Builder Set). Terpaksa buka kotak Lego tu di sini, sebab nak guna tayar untuk buat dan uji kenderaan. Boleh juga naik duplo express (ronda theme park dengan train) dan observation tower (untuk lihat Legoland dari atas). Kat bahagian ni juga ada Lego Studio 4D, Duplo Playtown dan Kids Power Tower.

Miniland memang buat kami teruja. Dapat melihat rekaan bandar-bandar besar dari kepingan Lego. Fuh! bukan senang nak bina tu...Siap ada sound effect lagi. Yang dapat saya recall, ada Petronas Twin Towers, Taj Mahal...erk...tak ingat dah...tapi..memang banyak lah juga...

One of the miniatures @ Miniland - Putrajaya
Kami berehat makan dan minum di Land of Adventure. Sambil makan, boleh lihat keseronokan orang bermain di Dino Island. The whole families can have fun with the Lost Kingdom, Beetle Bounce and Pharaoh's Revenge's rides. Full of adventure and fun! Lego city juga mengasyikkan. Boleh berlumba untuk padamkan api di Rescue Academy (best for families and friends racing). Ride on Legoland express (choo...choo...), Naik aeroplane pusing2 at Lego City Airport, fun driving at Junior Driving School, boating pun boleh belajar ye...di Boating School.  

Ketika kami sampai di Lego Kingdom, cuaca bertambah panas. Mana tak nya...dah tengahari...Masuk juga sebentar. Nak lihat apa yang menarik. Ada The Dragon (roller coaster), Merlin challenge, Royal Joust (for younger children) dan beberapa attraction lagi...Memang tak leh nak ingat.

The final attraction, Lego Technic. tengok ajelah sambil stroll... tak larat dah...panas...Kat sini ada Lego Academy dan Lego Mindstorms (sesuai untuk Lego Fan mcm anakku :-)), Rides seperti Technic Twister, Project X dan Aquazone Wave Racers.

Oh! Lupa...pembuka dan penutup lawatan...jangan lupa masuk kedai jual lego di sini (The Big Shop, The Brick Shop). Definitely tidak menghampakan. Pelbagai jenis mainan Lego boleh dibeli di sini. Harga sama je dengan kat luar. Cuma, ranges of products tu lebih luas. Kalau nak beli lego ikut gram pun boleh. Timbang...Pergi kena pau....balik pun kena pau...tak pe la..Lego ni bagus juga untuk mengembangkan imaginasi anak2.

The Big Shop - Pic credit to Legoland.com.my
Dari segi makanan dan minuman, harga boleh tahan mahal juga la...standard theme park...rasa...biasa-biasa saja. Some of the food kiosk tak jual food awal2 pagi. They should provide foods as earliest as possible in all kiosks and restaurants. Breakfast, lunch and tea. For visitors' convenience.

Hope to see some improvement soon. Perhaps, after the launching of the Legoland Resort Hotel. Masih dalam pembinaan...Now, siapa yang berhajat nak ke Legoland, boleh stay di Thistle Hotel, Pulai Springs Resort, KSL Resort, Tune Hotel dan banyak lagi. Home stay pun ada kot di JB ni. Last time, we stayed at Thistle Hotel. Senang, dekat dengan bandar dan boleh nikmati pandangan pesisir johor-spore. :-)

Harap-harap nya, lepas ni dapat stay kat Legoland Resort Hotel pula...

Selamat melancong buat semua...