Tuesday 9 July 2013

Catatan Perjalanan UK Trip 2012 Part 2: Perth, Edinburgh City Centre, Stirling, Dundee.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kembara kami di bumi UK diteruskan dengan bersiar2 di sekitar bandar Edinburgh. Cuba memandu di sekitar Edinburgh City Centre. Memang agak sempit jalannya. Kondisi jalan kurang memuaskan dan parking agak sukar. Sesetengah shopping complex yang menyediakan parking mengenakan parking fee yang mahal. Sangat berbeza dengan Malaysia... No wonder Edinburgh menyediakan perkhidmatan 'park and ride', di mana kawasan parking yang luas disediakan di luar kawasan main town; dari sana naik bas untuk ke bandar.

Kawasan perumahan berdekatan bandar Edinburgh.

Parking di St James kena almost rm60. Fuh! Esok naik baik aje lah! Tak stay lama pun di St James. Lagi lama...lagi mahal parking fees. :-) Oh! by the way, St James tu adalah salah sebuah shopping complex yang besar di Edinburgh ni. Overall, bab-bab kemeriahan shopping, memang best lagi KL. Edinburgh ni lebih kepada bandar bersejarah...ada castle...lorong-lorong kecil di mana kedai-kedainya pun agak klasik...

Cantik deco kedai ni...berbunga2...

Keluar dari bandar Edinburgh, seterusnya kami jalan-jalan menyusuri kawasan perumahan di sekitar Stirling. Ramai yang kata, Stirling ni kira kawasan kampung di UK. Cantik kampungnya... bersih... Rumah di sini agak besar dan selesa berbanding rumah-rumah di kawasan bandar seperti Glasgow. Banyak rumah banglo di Stirling ni...kawasan luar rumah yang luas...country side...suka 3x... :-) No wonder banyak B&B yang besar2 di area sini. Cuba lihat website ni: http://www.stirling.co.uk/accommodation/.

One of accommodation offered in Stirling. Pic taken from http://www.stirling.co.uk/accommodation/.

Hari ni banyak masa habis di jalan saja. Menikmati dan observe keunikan bandar dan juga kawasan perumahan di sekitar bandar Edinburgh dan Stirling, di samping menjenguk kecantikan Perth, Scotland. Boleh google blog ni untuk menikmati keindahan Perth Scotland: http://tour-perth-scotland.blogspot.com/

pic taken from: http://tour-perth-scotland.blogspot.com/2010/10/tour-perth-sunflower-field-scotland.html

Soal makan...banyak juga kedai-kedai Arab, Pakistan dan India di sini. Portionnya besar-besar. Waktu di antara main meal, boleh saje singgah di Costa, kedai kopi popular di UK. Pelbagai menu simple yang boleh kita beli, spt. sandwich, coffee and tea, etc. Tesco pun ada jual ready meal dengan harga yang berpatutan. Kiranya, bab makan bukanlah satu isu yang besar sangat di sini. Cuma, perlu baca ingredient makanan yang hendak dibeli tu...satu lagi...jangan convert duit Pound Sterling tu kepada Malaysia Ringgit! Otherwise, memang tak lalu nak makan sebab mahal! So, anggaplah bila kita beli tu, macam kita beli in RM, barulah senang hati nak telan....heheh...


Di sebelah petang, kami berjalan-jalan di kawasan bandar Dundee pula. Tapi, agak terlewat! Banyak kedai dah tutup. Sini, by 6.00 pm tu...lengang dah bandar dia...Berlainan juga dengan KL. Bagus quality of life di sini... :-) Permandangan di bandar Dundee juga hebat. Berdekatan dengan University of Dundee. Sempatlah menikmati udara petang di sini, sebelum dinner time.


Dundee City Centre

Dundee City Centre

Dundee City Centre

Menjelang 7 pm tu dah balik hotel...tak tahan sejuk...menggigil...Malam, hanya habiskan masa di hotel...berehat...menyimpan tenaga untuk bus ride di Edinburgh! tak puas hati jalan naik kereta...nak rasa juga nak bus di Edinburgh city centre! :-)

Selamat Malam...

Bersambung lagi esok....



No comments:

Post a Comment