Wednesday 1 May 2013

Pengalaman Bercuti di Legoland Malaysia, Johor Bahru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Legoland's Entrance - Pic credit to legoland.com.my

Legoland Malaysia telah dibuka pada September 2012. 
Yuran masuk untuk Dewasa: RM140, Kanak-kanak dan Warga emas: RM110. 
Boleh beli tiket online to avoid the hassle of queuing in long lines. If possible, beli tiket awal, ada diskaun. Kalau last minute, kena bayar full (no discount) :-(

Nak dapat tiket Legoland murah? Banyak juga promotion (Maybank, vouchers free admission for child, Mykad), tapi kena redeem di kaunter la. Beratur... Mungkin kalau datang awal or bukan di waktu puncak, ok kot. Masa kami pergi tu, school holiday...so...faham2 la crowd dia kan...

Overall, the rides, games and facilities are OK. Perlu kerjasama pengunjung juga untuk kekalkan kondisi taman tema. Sama-samalah kita jaga kebersihan dan gunakan kemudahan dengan cermat. Bukan apa, walaupun Legoland tu baru dibuka, nampak macam bukan baru...ada mende yang patah, rosak...So, both the management and visitors have to take part, dalam memastikan Legoland tu sentiasa nampak "well-maintained". Barulah WORLD!!! :-)

Sampai sahaja Legoland, first thing is to park the car. Parking fee: RM7. Ingat ye, kat mana anda parking kereta. Jauh juga jarak parking ke Legoland tu. Maybe faktor cuaca juga mempengaruhi. Berjalan dalam panas...yang dekat pun kurasakan jauh...Terasa panas sangat ketika berada di Legoland ni. Perlu tanam banyak pokok kat sini. Otherwise, rasa macam visit padang pasir...(hehe...komen dari puteri lilin..). Bawalah topi, payung dan air mineral yang cukup. Pakai sunblock. Mungkin boleh membantu.

Yang bawa anak kecil, stroller penting. Kalau anak rajin berjalan, OK. We managed to stroll all over the park. Biasalah, first time visit, if possible nak tengok semua tempat. Rides, kami tak naik pun. Alasan, malas nak beratur. Nasib baik anak pun bukan a fan of rides. The rides sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Untuk kanak-kanak ada, dewasa pun ada. Some of the rides and games tu, boleh naik dan main in a family. So, memang happening. Cuma cuaca je yang tak happening. Rasanya, kalau stay whole stay, mau sunburn teruk...
Basically, banyak juga bahagian-bahagian menarik di Legoland ni yang boleh kita terokai. Ada Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City, Lego Technic dan Lego Kingdom. Di setiap bahagian, ada rides and games tersendiri. Standard la tu kan...And I would say that the games and rides tu interesting...Tak kiralah samada untuk have fun with friends or families.

I found an interesting video about experiences in Legoland, produced by KsDu Film. Boleh dijadikan rujukan buat bakal pengunjung Legoland.

 
Macam kami, anak lebih suka bermain di bahagian imagination. Di sini, Kanak-kanak boleh reka kenderaan ikut imaginasi mereka, dan uji kenderaan tersebut di litar yang disediakan (Build & Test). Memang menarik. Mak ayah pun excited. :-) Sampai habis tayar yang dibekalkan oleh pihak Legoland. Sebab ramai sangat yang main. Nasib baik kami ada beli Lego (Young Builder Set). Terpaksa buka kotak Lego tu di sini, sebab nak guna tayar untuk buat dan uji kenderaan. Boleh juga naik duplo express (ronda theme park dengan train) dan observation tower (untuk lihat Legoland dari atas). Kat bahagian ni juga ada Lego Studio 4D, Duplo Playtown dan Kids Power Tower.

Miniland memang buat kami teruja. Dapat melihat rekaan bandar-bandar besar dari kepingan Lego. Fuh! bukan senang nak bina tu...Siap ada sound effect lagi. Yang dapat saya recall, ada Petronas Twin Towers, Taj Mahal...erk...tak ingat dah...tapi..memang banyak lah juga...

One of the miniatures @ Miniland - Putrajaya
Kami berehat makan dan minum di Land of Adventure. Sambil makan, boleh lihat keseronokan orang bermain di Dino Island. The whole families can have fun with the Lost Kingdom, Beetle Bounce and Pharaoh's Revenge's rides. Full of adventure and fun! Lego city juga mengasyikkan. Boleh berlumba untuk padamkan api di Rescue Academy (best for families and friends racing). Ride on Legoland express (choo...choo...), Naik aeroplane pusing2 at Lego City Airport, fun driving at Junior Driving School, boating pun boleh belajar ye...di Boating School.  

Ketika kami sampai di Lego Kingdom, cuaca bertambah panas. Mana tak nya...dah tengahari...Masuk juga sebentar. Nak lihat apa yang menarik. Ada The Dragon (roller coaster), Merlin challenge, Royal Joust (for younger children) dan beberapa attraction lagi...Memang tak leh nak ingat.

The final attraction, Lego Technic. tengok ajelah sambil stroll... tak larat dah...panas...Kat sini ada Lego Academy dan Lego Mindstorms (sesuai untuk Lego Fan mcm anakku :-)), Rides seperti Technic Twister, Project X dan Aquazone Wave Racers.

Oh! Lupa...pembuka dan penutup lawatan...jangan lupa masuk kedai jual lego di sini (The Big Shop, The Brick Shop). Definitely tidak menghampakan. Pelbagai jenis mainan Lego boleh dibeli di sini. Harga sama je dengan kat luar. Cuma, ranges of products tu lebih luas. Kalau nak beli lego ikut gram pun boleh. Timbang...Pergi kena pau....balik pun kena pau...tak pe la..Lego ni bagus juga untuk mengembangkan imaginasi anak2.

The Big Shop - Pic credit to Legoland.com.my
Dari segi makanan dan minuman, harga boleh tahan mahal juga la...standard theme park...rasa...biasa-biasa saja. Some of the food kiosk tak jual food awal2 pagi. They should provide foods as earliest as possible in all kiosks and restaurants. Breakfast, lunch and tea. For visitors' convenience.

Hope to see some improvement soon. Perhaps, after the launching of the Legoland Resort Hotel. Masih dalam pembinaan...Now, siapa yang berhajat nak ke Legoland, boleh stay di Thistle Hotel, Pulai Springs Resort, KSL Resort, Tune Hotel dan banyak lagi. Home stay pun ada kot di JB ni. Last time, we stayed at Thistle Hotel. Senang, dekat dengan bandar dan boleh nikmati pandangan pesisir johor-spore. :-)

Harap-harap nya, lepas ni dapat stay kat Legoland Resort Hotel pula...

Selamat melancong buat semua...



No comments:

Post a Comment