Thursday, 10 January 2013

Pengalaman Minggu Pertama Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Awal Januari, ramai ibubapa sibuk dengan urusan persekolahan anak. Samada di peringkat tadika mahupun sekolah rendah/menengah. Perasaan bercampur-baur pasti ada, terutama bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ataupun bertukar sekolah baru.

Tahun ini, saya juga menghadapi situasi yang sama. Ini kerana anak saya bertukar sekolah. Baru tadika...Suspen juga. Risau kalau anak tak dapat nak sesuaikan diri di tempat baru. Rasa tak mampu nak dengar tangisan anak ketika ditinggalkan di tadika. Yelah, ibubapa perlu faham emosi anak yang terpaksa ditinggalkan di tempat baru. Sekolah baru...cikgu baru...kawan baru...haruslah ambil masa untuk adapt kan...

Saya fikir peranan ibubapa sangat penting dalam memotivasikan anak untuk bersedia ke sekolah. Apa yang saya lakukan?
http://www.longhill.org

Pertama, 2 minggu sebelum sekolah, katakan padanya yang dia akan ke sekolah baru. Terangkan mengapa beliau harus berpindah ke sekolah baru, kebaikan jika berpindah, and etc. Ceritalah perkara yang baik dan indah sahaja.

Kedua, pada minggu pertama sekolah, pastikan kita ada banyak masa untuk anak bercerita kisah sekolah mereka. Ringankan mulut bertanya details. Dengan ini, kita akan dapat lebih info. Teruskan memotivasi anak agar mood beliau terus positive. Nasihat mana yang patut. Biasalah, budak-budak. Ada cerita yang baik dan ada juga yang kurang menyenangkan. So, parents...haruslah kita jadi rakan yang baik untuk anak kita. Mendengar dan menasihati. Lepas dengar cerita anak, dia juga nak dengar cerita ibu di ofis.. :-)

Alhamdulillah, selesai sudah 2 minggu persekolahan. Saya fikir semua pelajar telah lalui orientasi yang hebat di sekolah masing-masing. Mungkin minggu seterusnya akan dimulai dengan pelajaran yang agak formal. Moga dipermudahkan, Insya-Allah...

Masa untuk setiap anak adapt with new environment berbeza. Banyak faktor boleh mempengaruhinya. Cubalah apa yang terbaik untuk anak kita. Sabar, yakin, doa...agar mereka sentiasa dijagai Allah di mana sahaja. Doa ibubapa... Insya-allah...dimakbulkan Allah...


No comments:

Post a Comment