Sunday, 16 June 2013

Catatan Perjalanan UK Trip 2012 Part 1: KL-Amsterdam-Edinburgh-Livingston

My family and I stayed at UK for 2 weeks; jalan-jalan di sekitar Scotland, then down to Lake District and London. Suatu pengalaman yang indah buat kami sekeluarga...Thank you Allah...for granting us the opportunity...I always set my mind not to go to overseas for studying....but I really want to travel around the world for holiday!!!
From KL, ambil flight malam (with KLM - 11 hours flight), transit di Amsterdam 1-2 hours, then fly to Edinburgh pula. Arrived at Edinburgh the next day (morning). Bigger flight for KL-AMS trip, smaller one for AMS-Edinburgh's flight (macam naik bas je...). Transit di Amsterdam sekejap saja, sekadar melepas penat duduk dlm flight for 11 hours. Memang letih! Kebas peha memangku anak tidur melintang across our 3 seats (yes, kami travel bertiga with economic class). Masa transit di Amsterdam, boleh lah shopping sikit kat Airport sementara tunggu next flight.

KLM @ Amsterdam Airport
Sampai sahaja Edinburgh, uruskan kereta sewa dengan Europcar. Ambil masa juga nak biasakan diri dgn kereta di sini. Nasib baik memandu di sebelah kanan...sama macam di Malaysia. Diberi GPS TomTom. Kecil aje. Punyalah susah nak guna. At last guna GPS handphone je. Lagi mudah. TomTom diguna bila perlu (i.e. kot kot tetiba takde network ke...). Car seat pun yang simple le...OK la...

Menjelang keluar dari Edinburgh airport, hari pun dah tengahari...Anak meragam sebab tak makan dan minum yang cukup dalam perjalanan (Picky eater!). Puas cari air soya di airport (Amsterdam and Edinburgh)...tak jumpa ... :-( Minum susu pun tak mahu! He become so weak... Naik risau dibuatnya... Singgah beli minyak di petrol station, dapat beli pisang, bun, susu vanilla dan orange juice. Lega! Boleh anak makan sedikit. Beri tenaga...

pic credit to http://visitwestlothian.co.uk/
 Pada mulanya, kami plan nak ke Carboot sale berdekatan, tapi dah tengahari....tak jadi...Singgah di Livingston Designer Outlet, untuk cari long john extra for us. Agak sukar sebab belum musim diorg pakai long john! Dapat beli thermal shirt utk hsb aje. Nasib baik saya dah beli 2-3 pasang long john dan thermal shirt for all of us masa di Malaysia...Tak dapat beli extra di sini...Tapi, saya lihat memang barang di sini e.g. M&S brand lebih murah berbanding Malaysia. Di Livingston Designer Outlet ni ada macam-macam kedai juga. Tapi tak lah sehebat Cheshire Oak and Bicester Village Designer Outlet. Sekadar jalan-jalan...cuci mata...beli toys and books for anak...buah-buahan segar yang murah lagi sedap!!!


Petangnya, kami check in di Hotel Apex City Quay Dundee. Ni link dia: http://www.apexhotels.co.uk/en/hotels/dundee/apex-city-quay-hotel-and-spa/. Masa tu harga around RM600 per night. Itu kalau nak tengok river and quay view la...plus breakfast. Kalau nak jimat sikit, boleh pilih city view and without breakfast, dan book awal-awal. Better browse the hotel website for updates.  Ada juga beberapa hotel lain yang berdekatan, tapi kami pilih hotel ni sebab parking free. :-) Dan boleh lihat permandangan cantik Tay River Bridge dari bilik hotel, especially sewaktu sun rise and sun set.

By the time kami settle down, nak jalan di bandar pun tak sempat...kedai dah tutup. 6 ptg kedai tutup. Sangat berbeza dengan Malaysia...Maka, berehat di hotel saje lah kami...Menarik juga di hotel Apex ni. Ada taman kecil untuk berehat...lepak-lepak tengok anak berlari di padang rumput hijau dengan hawa dingin...memang best. Takde peluh...lobby pun selesa...dalam bilik pun ada bath tub! peluang berendam untuk si kecil...Suhu di sikit sekitar 15 degree (siang) dan 10 degree (malam). Dengan angin lagi....sangat sejuk. Dalam bilik tak pasang air cond pun...


Esok, perjalanan akan di sambung ke Edinburgh City Centre.

Saturday, 25 May 2013

Review / Pengalaman Bercuti di Thistle Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami sekeluarga bermalam di Thistle JB semasa lawatan kami ke Legoland dan The Little Big Club tempoh hari. Kalau ke JB, biasanya memang Thistle Hotel atau Puteri Pacific Hotel menjadi pilihan. Mengapa? Sebab dekat dengan segala kemudahan, tempat makan, shopping complexes. Senang nak beli barang2 yang kurang atau lupa bawa for travelling. :-)

Kalau nak bandingkan di antara Thistle JB dan Puteri Pacific JB, tentulah Thistle JB is better in terms of hotel's facilities and interior. The environment of Thistle JB amat menyenangkan. The pool is great too. Nak makan simple2 pun senang. Ada medan selera dan kedai2, restoren yang hanya walking distance dari hotel. Sup tulang terkenal di JB juga ada berdekatan hotel.

View from our Seaview Room

Nak puas hati, ambil bilik yang 'seaview'. Sambil lepak dalam bilik, bolehlah menikmati permandangan lautan yang tenang...pembahagi di antara Johor dan Singapura.


Wide pool - Children love it!

Walaupun outdoor pool yang besar disediakan di Thistle JB, dalam bilik pun ada bath tub. So, anak-anak yang tak puas mandi di luar, boleh la sambung agenda mandi manda dalam bilik pula. Parents boleh monitor dari katil aje. Tak perlu berpanas di luar. Why? Sebab ada cermin yang boleh nampak direct bathroom from the bedroom. yang ni mmg saya suka...:-)

Boleh monitor anak mandi sambil lepak atas katil :-)


Pada saya, room's interior Thistle JB ni memuaskan. Ada LCD TV with several interesting channels, comfortable bed, well-located wardrobe. Carpeted all over the room except for bathroom la kan....Cuma, standing lamp nya agak mengganggu. Maybe because of the location. Asyik nak terlanggar kepala je...Toilet juga tak boleh kunci. Yeah, I come across banyak hotel yang praktik kan cara ni. Di UK lagi la...So, kalau ada anak kecil, kena lebih berjaga-jaga la...heheh...

Ada cartoon channel...


Parking diberikan percuma. Ok jugalah nak dapatkan parking di sini. Cuma, kalau hujan, memang confirm basah masa nak ambil tiket parking. Sebab takde awning langsung kat ticket booth. Not all parking covered. So, choose wisely...

View of the hotel lobby and other part of the hotel memang sedap mata memandang. No wonder this hotel continues to get good rating in many reviews' website. Hope the management boleh keep the good work and improve mana2 yang patut.

Toilet bersih...saya suka...

I would say that Thistle JB memang best jugalah untuk apa juga tujuan penginapan, leisure, business or others. Agak2nya, kalau nak travel to Singapore secara 'budget' pun, ok kalau stay sini. Balik hari Singapore-JB. Penat, tp leh jimat sikit kot...sbb hotel di Singapore agak mahal berbanding JB.

Selamat mencuba...beristirehat...dan bergembira bersama yang tersayang....





Wednesday, 1 May 2013

Pengalaman Bercuti di Legoland Malaysia, Johor Bahru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Legoland's Entrance - Pic credit to legoland.com.my

Legoland Malaysia telah dibuka pada September 2012. 
Yuran masuk untuk Dewasa: RM140, Kanak-kanak dan Warga emas: RM110. 
Boleh beli tiket online to avoid the hassle of queuing in long lines. If possible, beli tiket awal, ada diskaun. Kalau last minute, kena bayar full (no discount) :-(

Nak dapat tiket Legoland murah? Banyak juga promotion (Maybank, vouchers free admission for child, Mykad), tapi kena redeem di kaunter la. Beratur... Mungkin kalau datang awal or bukan di waktu puncak, ok kot. Masa kami pergi tu, school holiday...so...faham2 la crowd dia kan...

Overall, the rides, games and facilities are OK. Perlu kerjasama pengunjung juga untuk kekalkan kondisi taman tema. Sama-samalah kita jaga kebersihan dan gunakan kemudahan dengan cermat. Bukan apa, walaupun Legoland tu baru dibuka, nampak macam bukan baru...ada mende yang patah, rosak...So, both the management and visitors have to take part, dalam memastikan Legoland tu sentiasa nampak "well-maintained". Barulah WORLD!!! :-)

Sampai sahaja Legoland, first thing is to park the car. Parking fee: RM7. Ingat ye, kat mana anda parking kereta. Jauh juga jarak parking ke Legoland tu. Maybe faktor cuaca juga mempengaruhi. Berjalan dalam panas...yang dekat pun kurasakan jauh...Terasa panas sangat ketika berada di Legoland ni. Perlu tanam banyak pokok kat sini. Otherwise, rasa macam visit padang pasir...(hehe...komen dari puteri lilin..). Bawalah topi, payung dan air mineral yang cukup. Pakai sunblock. Mungkin boleh membantu.

Yang bawa anak kecil, stroller penting. Kalau anak rajin berjalan, OK. We managed to stroll all over the park. Biasalah, first time visit, if possible nak tengok semua tempat. Rides, kami tak naik pun. Alasan, malas nak beratur. Nasib baik anak pun bukan a fan of rides. The rides sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Untuk kanak-kanak ada, dewasa pun ada. Some of the rides and games tu, boleh naik dan main in a family. So, memang happening. Cuma cuaca je yang tak happening. Rasanya, kalau stay whole stay, mau sunburn teruk...
Basically, banyak juga bahagian-bahagian menarik di Legoland ni yang boleh kita terokai. Ada Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City, Lego Technic dan Lego Kingdom. Di setiap bahagian, ada rides and games tersendiri. Standard la tu kan...And I would say that the games and rides tu interesting...Tak kiralah samada untuk have fun with friends or families.

I found an interesting video about experiences in Legoland, produced by KsDu Film. Boleh dijadikan rujukan buat bakal pengunjung Legoland.

 
Macam kami, anak lebih suka bermain di bahagian imagination. Di sini, Kanak-kanak boleh reka kenderaan ikut imaginasi mereka, dan uji kenderaan tersebut di litar yang disediakan (Build & Test). Memang menarik. Mak ayah pun excited. :-) Sampai habis tayar yang dibekalkan oleh pihak Legoland. Sebab ramai sangat yang main. Nasib baik kami ada beli Lego (Young Builder Set). Terpaksa buka kotak Lego tu di sini, sebab nak guna tayar untuk buat dan uji kenderaan. Boleh juga naik duplo express (ronda theme park dengan train) dan observation tower (untuk lihat Legoland dari atas). Kat bahagian ni juga ada Lego Studio 4D, Duplo Playtown dan Kids Power Tower.

Miniland memang buat kami teruja. Dapat melihat rekaan bandar-bandar besar dari kepingan Lego. Fuh! bukan senang nak bina tu...Siap ada sound effect lagi. Yang dapat saya recall, ada Petronas Twin Towers, Taj Mahal...erk...tak ingat dah...tapi..memang banyak lah juga...

One of the miniatures @ Miniland - Putrajaya
Kami berehat makan dan minum di Land of Adventure. Sambil makan, boleh lihat keseronokan orang bermain di Dino Island. The whole families can have fun with the Lost Kingdom, Beetle Bounce and Pharaoh's Revenge's rides. Full of adventure and fun! Lego city juga mengasyikkan. Boleh berlumba untuk padamkan api di Rescue Academy (best for families and friends racing). Ride on Legoland express (choo...choo...), Naik aeroplane pusing2 at Lego City Airport, fun driving at Junior Driving School, boating pun boleh belajar ye...di Boating School.  

Ketika kami sampai di Lego Kingdom, cuaca bertambah panas. Mana tak nya...dah tengahari...Masuk juga sebentar. Nak lihat apa yang menarik. Ada The Dragon (roller coaster), Merlin challenge, Royal Joust (for younger children) dan beberapa attraction lagi...Memang tak leh nak ingat.

The final attraction, Lego Technic. tengok ajelah sambil stroll... tak larat dah...panas...Kat sini ada Lego Academy dan Lego Mindstorms (sesuai untuk Lego Fan mcm anakku :-)), Rides seperti Technic Twister, Project X dan Aquazone Wave Racers.

Oh! Lupa...pembuka dan penutup lawatan...jangan lupa masuk kedai jual lego di sini (The Big Shop, The Brick Shop). Definitely tidak menghampakan. Pelbagai jenis mainan Lego boleh dibeli di sini. Harga sama je dengan kat luar. Cuma, ranges of products tu lebih luas. Kalau nak beli lego ikut gram pun boleh. Timbang...Pergi kena pau....balik pun kena pau...tak pe la..Lego ni bagus juga untuk mengembangkan imaginasi anak2.

The Big Shop - Pic credit to Legoland.com.my
Dari segi makanan dan minuman, harga boleh tahan mahal juga la...standard theme park...rasa...biasa-biasa saja. Some of the food kiosk tak jual food awal2 pagi. They should provide foods as earliest as possible in all kiosks and restaurants. Breakfast, lunch and tea. For visitors' convenience.

Hope to see some improvement soon. Perhaps, after the launching of the Legoland Resort Hotel. Masih dalam pembinaan...Now, siapa yang berhajat nak ke Legoland, boleh stay di Thistle Hotel, Pulai Springs Resort, KSL Resort, Tune Hotel dan banyak lagi. Home stay pun ada kot di JB ni. Last time, we stayed at Thistle Hotel. Senang, dekat dengan bandar dan boleh nikmati pandangan pesisir johor-spore. :-)

Harap-harap nya, lepas ni dapat stay kat Legoland Resort Hotel pula...

Selamat melancong buat semua...



Thursday, 4 April 2013

Cuti Sekolah Mac 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Cuti sekolah yang pendek. Hanya 1 minggu. Untuk anak-anak yang ibubapanya bekerja, masih perlu hadir ke taska/tadika untuk day care. Yelah, siapa yang nak jaga mereka ketika ibubapa berada di ofis. Unless, parents send them to hometown. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat luangkan sedikit masa bersama dengan bercuti di Johor Bahru. Ye, anakku dah lama sebut LEGOLAND. Pantang nampak iklan Legoland di mana-mana...pasti bertanya:

"Bila kita boleh pergi Legoland ibu? Kena naik aeroplane ke?"

Ngee...ingatannya terhadap percutian ke UK (Thomas Land) tahun lepas masih segar...entah bila pula akan ke sana...Missed the beautiful scenery...udara yang nyaman dan bersih...

This time, kami hanya luangkan masa untuk si kecil sahaja. Hari pertama, kami ke Puteri Harbour Family Theme Park. 



Hari kedua kami ke Legoland. 


 
Fullstop. Masa terluang lain, kami habiskan dengan bersantai di Thistle Hotel. 



 
Biasalah...anak kecil ni suka duduk di hotel. Boleh guling-guling atas katil sambil menonton TV. Mandi di bath tub dan swimming pool. Enjoy your childhood, my son...

Insya-Allah, review untuk tempat-tempat menarik di sekitar Johor Bahru akan menyusul. Stay tune...


Sunday, 24 February 2013

Free Entry to KidZania?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Macam tak percaya je...masuk percuma ke Kidzania? Betul...Kidzania offers free admission for the first 100 kids (4-17 years) sempena Kidzania 1st Anniversary on 27 February 2013. Based on the ads published on their FB, entrance fees for all ticket tiers all day (on the 27 Feb 2013) will be given 50% discount. Quite interesting kan...beli photo souvenir and selected barang kat kedai dia pun 50%? Photo souvenir tu menarik jugak tau. Sebab ada certain establishment, parents stay kat luar establishment je. So, agak sukar nak snap pic anak2. Bisnes untuk diorang le...But, sebangai kenangan...why not invest sikit...:-)

Tapi....

Yang kurang menariknya, 27 Februari 2013 jatuh pada hari Rabu. So, kalau anda semua willing nak ponteng sekolah or ambil cuti tahunan...okla...boleh sama-sama meriahkan birthday celebration Kidzania ni.But, not it my case. :-( Takpe la...baru lagi visit Kidzania on CNY hari tu. But, my boy suka sangat ke sana...Kena tunggu weekends or cuti sekolah jugak le nampaknya...and no discount...

Ni iklan yang depa letak kat FB. For more info, better contact Kidzania. Manale tau...ada apa2 terms and conditions lain ke...bila ada offer menarik ni...faham2 je la...kena tanya betul2 before terjah...tak gitu???


Enjoy...sharing is caring.

Tuesday, 12 February 2013

Habis Adam dan Hawa Muncul Sehangat Asmara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Peminat novel Aisyah Sofea tentu gembira. Lepas satu, satu novel diterbitkan menjadi drama or filem. Saya ni bukan peminat novel, tapi agak suka menonton drama or filem melayu. Tapi, selected only. Mana yang kena dengan taste saya aje la kan...Lepas menonton tu, muhasabah diri...mana yang baik, boleh diikuti. Yang tak baik tu...sendiri mau ingat le...Be wise...analyse sikap2 manusia yang dipaparkan. Banyak perkara yang kita boleh pelajari dari drama or filem tersebut (Kalau kita bijak le kan...hik..hik..).

Pic credit to: http://www.ohbulan.com


Sometime memang ada rasa tak puas hati juga, bila pengarah kurang sensitif soal-soal agama or masyarakat. Tapi, saya yakin, kita cukup matang dan waras untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Semua tu kita dah pelajari sejak kecil lagi...dari ibubapa, guru2 dan juga bahan2 bacaan.

Selepas mengikuti drama 80 episod Adam dan Hawa (fuh! cukup panjang...), ingat malas dah nak ikut drama Mustika HD Astro ni...Rupa-rupanya terjebak juga sekali lagi. Suka juga dengan drama Sehangat Asmara ni. Lebih pendek dari drama Adam dan Hawa, so ok sikit la kan...

Untuk peminat Sehangat Asmara, jangan lupa ikuti kesudahan dramanya. Saya dah baca sinopsis Sehangat Asmara dari blog aznanie. Tq for sharing ya aznanie. 

pic credit to: http://kepalabergetar.blogspot.com


Sinopsis oleh : aznanie
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.
Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.
Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.
9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.
Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...

Credit to Aznanie for the sinopsis. :-). Ni link ke blog beliau: http://aznanie.blogspot.com/2012/04/sinopsis-novel-sehangat-asmara-aisya.html. However, I'm not sure whether the drama will follow exactly what is written in the novel. Tunggu dan lihat...

Monday, 11 February 2013

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia City for Kids

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

I went to Kidzania Kuala Lumpur on the eve of CNY. Of course with my son and husband. Kidzania doesn't allow adult to enter without a child. So, kalau sesiapa yang belum ada anak or belum kahwin, but teringin nak tengok attraction di Kidzania, haruslah pinjam adik, sepupu or anak sedara anda ye. Tak rugi pun belanja mereka sekali sekala kan...

Cash kan cheque dulu @ CIMB
FYI, Kidzania is located nearby Ikea and the Curve Mutiara Damansara, to be exact at Curve NX. For those come from outside Klang Valley, you may consider to stay overnight at the hotels nearby Kidzania: The Royale Bintang Damansara or One World Hotel.The former memang dekat betul dengan Kidzania, the latter dekat Bandar Utama (next to One Utama, menarik juga kan?). Ye la dari stay jauh, better stay area sini if you aim to visit Kidzania and other shopping mall nearby. Kat sini ada Ikea, the Curve, Tesco, E-Curve, Ikano Power Center. Banyak wo...memang takkan habis jalan punye...yang habis duitmu saje...:-)
Work as pam attendant @ BHP
Kidzania is a city for kids. Every facilities and role play establishment here are specifically designed for kids. Since my son is 4 years +, there are many establishments that he managed to participate. Still there are several restrictions place in certain establishment, e.g. applying driving license (min 130 cm height), working at industry / manufacturing (e.g. oreo factory, chocolate factory), studio and court (most with min of 6-8 year-old). Tak pasal2 meleleh airmata tak dapat drive kereta honda dan tengok proses buat ice-cream dan oreo. Ice -cream factory tak boleh masuk if ada milk allergy and ashtma. Poor my boy... :-)

@ Ayam Brand Cooking School

Nevertheless, he enjoyed himself to learn to cook at ayam brand cooking school (masak Tuna happy face), sushi king (buat sushi le..apa lagi). Work as pam attendant at BHP Petrol, painter at Nippon Paint, Firefighter at Fire Station, Policeman at Police Department, Postman at Poslaju, Mechanic, Shopper at Z-Mart.

Hottest job @ KIdzania: Firefighter

They are many other role play available here, more than 99 jobs to participate. Interesting, right. Not only the kids, even the parents are happy to watch their children participate in the role play. Basically parent tak involve pun. Just tunggu kat luar set/establishment. So, takde lah letih sangat. Cuma letih tunggu je. We stayed there from 10-3 pm. Memang fully utilised the morning session (weekends). Makan minum semua kat dalam je. Walaupun makanannya tidaklah excellent, ok juga lah untuk lapik perut. Harganya agak mahal. Contohnya, nasi lemak comel dan 1 cawan kopi RM5. For me, agak mahal la. Lain orang, lain pandangan...

Get ready to become Kidzania Firefighter
Tapi, I really love the environment. Kalau boleh nak bawa anak selalu ke sini. They can learn about the job that they are interested in, value of money and the challenges of being an adult as income-earners. It's not that easy to earn money :-) They are having fun too.
@ Postlaju

Each establishment run for about 15-20 mins. So, let say that particular establishment is occupied, the kids have to wait for next round. Most establishment dibuat dalam group. So, kalau dapat pergi dengan siblings, sepupu-sepapat or kawan-kawan, memang lagi best la sebab dah memang boleh get along. Kalau sorang ni, ok juga. So far tengok my son has no problem dealing with others. Ada je parents lain yang datang with 1 kids. Tapi, ada kemungkinan certain activities dia buat sorang je, kalau takde orang lain yang join. So, kurang happening la kan...

Cute Policemen!
Ramai yang suggest datang Kidzania during weekdays sebab kurang orang dan masa diberi yang lebih lama (10-5pm). Mungkin masa ni tak perlu beratur menunggu, so dapat main lebih banyak role-play. Tapi, kacau waktu sekolah la pula kan? hmmm....tak pe la...as parents, you decide la when is the best time to visit Kidzania ye?

We will definitely come back for more fun time. I'm sure my son nak jadi firefighter lagi. Bekerja di construction site, TM dan TNB pun belum lagi. So, jom kita beramai-ramai ke Kidzania. Inginkan maklumat lanjut? Terus ke laman web Kidzania ye. I'm just sharing my experience there.